Tuesday, 25 September 2012


PENING BILA INTERNET KENA POTONG HUHUH


Morning!!!!....  hari ni cuti untuk shift  pagi  dan esok baru  masuk kerje malam tak pasti  malam terakhir atau bukan aku last  bersama rakan sekerja  aku. Sekarang aku  tak  cukup tido sebab tengah buat editing gambar-gambar kami masa pernah bersama  dan kandid waktu di tempat  kerje atau  makan-makan  bersama. Saja je aku  nak buat untuk  menunjuk kan  aku sayangkan  dorang  dan yang pasti  aku  akan  merindui  mereka. Dalam kepala  masih  berfikir sama ada aku  masih  mahu  berenti kerje atau tidak. Sebab aku sayang sangat nak tinggalkan dorang. Tak apa biarla esok masa menentukan segalanya
Jam  dah  1.10 tengahari aku masih belum mandi, aku  nak  buat lagi editing tapi  aku  perlukan banyak gambar kawan-kawan aku. Internet  dirumah dah  kena potong  dah  susah  aku  nak  buat kerje. Maknanya aku  kena keluar cari tempat ader wifi, kalau  wifi  hanya ader di kopitiam jer la. Mana ader  duit pulak  nak  melepak aduh, benda-benda macam ni  la buat aku  banyak  berpikir dan  sakit  kepala.  Nak pinjam kat sapa ek? Hish  tak tahu la plak  sapa yang boleh tolong ni. Dalam poket ader rm20.00 tapi  minyak  keta dah habis last kerje pagi aku tak isi minyak terus balik rumah  pasti minyak dah habis takan aku nak isi 10 plak mana cukup.
Aku mandi  dulu lepas mandi baru  aku fikir nak buat macam. Dah  mandi  aku  singgah ke rumah  mak  aku  sebelah  jer umah  mak aku  hehe. Cari  makanan nak isi kn perut  kebetulan  adik lelaki  aku  datang  ziarah mak  aku. Faizal  adik lelaki aku  no 4 berkerja di  hospital  selayang  sebagai medical assistant. Ada peluang la aku  nak  meminjam duit dekat dia , pas  dah makan baru  adjust hehe. Telefon  aku  baru  jer bedering no phone  ayah chid. Dia  dah la  handphone hilang , nak contact kena tunggu  dia kol dulu huhuh… malam ni  dia ajak jumpa macam  biasa la  kena tunggu dia  kol dulu  .
Malam ni  aku  singgah  ke rumah  fariza baru teringat rumah  dia ada wifi. Hmmmm  ok la malam  ni aku  rumah fariza dan  nak siapkan video yang  aku tengah buat..

Jam   dah  menunjukkan  pukul  12.30, aku  masih  belum dapat  lelapkan  mata…. Terlalu  banyak yang aku pikirkan …. Sambil aku mendengar  lagu  aku  cuba  mencari  ilham  untuk  mengupdate blog aku  atas  permintaan  peminat  yang  mengikut blog aku ni …. Terima kasih kerana mengikut blog chumelchubby.com …
Aku  baru  sudah  mandi macam  biasa la selalu  mandi  lambat …. Orang tua  selalu pesan  jangan  selalu  mandi  lewat sebab tidak elok boleh  dapat penyakit…. Tapi  aku  n  degil  orang nyer… mandi lewat ni  selalu  buat kan aku  segar …  bila segar baru  la aku boleh  pikir dengan tenang  apa aku  ingin  cerita  atau  senang kata  luah perasaan … 1 hb 10 aku  dah dapat kerja  di sebuah syarikat  yang boleh dikatakan besar juga, syarikat DDS ASIA. Syarikat daripada Singapore, ini atas pertolongan  rakan aku  yang  baru aku  berbaik  semula setelah sekian  berapa lama kami tak  bertegur… dah takdir allah  dengan  kedatangan rakan  ku ini telah mengubah  nasib aku …. Semoga perjalanan baru  aku ini  bertambah  baik  n tidak ada sebarang kesulitan yang teramat  sangat  sepanjang  alam kerja  baru  aku ini … walau  sebagai project  admin  dalam  syarikat interior design  tapi  aku  perlu  belajar  dengan  baik  untuk  memajukan  diri  aku  ….. kerje dalam suasana berhadapan  dengan  bos  dan  juga suasana  bangun pagi  , menaiki bus dan tren  akan membuka kan  mata aku  melihat  orang  di sekeliling  aku .. kalau  berkerja di kilang  seolah  pemikiran aku  tertutup  dan  melalui  proses yang sama …
Aku  masih  ada beberapa hari untuk berhenti kerja dari kilang texas instrument ini . perasaan  sedih  mula ada sejak aku terima tawaran kerje baru  … ada segelintir  rakan sejawatan yang dah mula tak  sanggup  biarkan  aku pergi … tapi  demi  untuk perubahan baru untuk  aku   mereka  paham… kalau  gaji  sini baik  aku  tak  akan  cari kerje  lain … aku kan  tetap  dikilang  tapi  dah  ada peluang  yang terbaik  aku  harus  mencuba dan  mencari  pengalaman.  Harini masuk   hari  kedua  aku  berkerja  shif  pagi , semalam  aku  tidak  hadir ke tempat kerja. Rakan kerja dah menelefon  aku  untuk memastikan sama ada aku  terus berenti  kerja atau tidak  .. macam-macam  pesanan dari  mereka seolah  macam  aku takn  hadir  kerja  terus…. Kerenah mereka buat  aku  tertawa itulah  budak-budak BR TEAM  SHIFT C happy  selalu   n  tenang jer.  Hari  ni  macam  mana yer keadaan  aku  bila berjalan  memasuki  BR room.. selalunyer  terasa  aku  di anggap seolah amat istimewa sekali .
Yang  pasti  MH leader aku  mesti  terasa kehilangan aku  sebab aku  selalu  bagi  semangat  pada kak ros… kak ros kecil  orang  nyer .. hati pun kecil harus dijaga hatinyer… adakala orangnya ini  terlalu baik  n takut  hendak  lukakan  hati orang sampai  P.O pun ada mengambil kesempatan jugak  atas kebaikan kak ros. Aku  mengharap sangat  kak ros  dapat berkerja  dengan  baik  …. Sandra anak serawak   orang nyer manja  dan  agak  kebudakkan  tapi  adakala sifat  tegas dan  melawan  ada jugak  tapi biasa la  masih  darah muda  takper banyak yang  perlu  dia  belajar. Semalam  aku dah dapat ugutan dari  dia katanya  dia nak  gigit aku  esok  hari  sebab geram sangat  dengan  aku,  tak  berani nyer dia  nak  buat  dekat kakak kesayangan  dia  ni  hehehe. 
Sekarang  ni  aper yang aku pikirkan dengan cara macam  mana aku  nak  mintak  berenti ?. dengan cara yang baik atau dengan  cara tidak baik. Aper yang aku takuti ialah  pasal gaji, kalau  aku  beritahu  supervisor aku  ingin  berenti pasti  gaji  aku  disekat … kalau aku main blah jer pasti nama aku black list. aku Cuma  risau gaji aku tak  dapat jer.. sebab aku nak mulakan  kerje baru  perlukan  duit untuk tambang dan pakaian kerje. Maklumla  kerje kilang mana ader pakai  formal pun . bila dah  kerje  dengan ofis harus elok imej aku. Itu yang membuat kan  aku pening  sekarang  ni dengan keadaan memang tidak ada sesiapa pun akan tolong aku. Semua ahli keluarga  aku  dalam kesusahan sekarang  ini. Aku  cuba biarkan dulu perasaan  aku  ini  masih ader beberapa hari  lagi  so  mungkin ader jalan  penyelesaiannyer.


Ok lah  jam dah  1.41 pagi. Dah lewat ni  aku perlu  bangun  jam  5 pagi untuk  siap  ke tempat  kerje .  sesiapa yang  membaca blogger aku  ini sila  add facebook aku  di  shima_hasin@yahoo.com. Ct nur hasima.