AIR MATA HUJAN DI TEMPAT KERJA 23/9/12 (miza)
Hari
ini aku masuk kerje
lambat tak tahu la kenapa
makin hari makin aku tak ader
semangat nak pergi
kerje. Aku masih tinggal
beberapa hari lagi berkerja di
kilang texas. Macam mana ek rasanya bila
last kerje nanti ? . aku sambil
memandu sambil itu
aku berfikir jugak macam
mana nak mulakan hidup baru aku ini, aku mempunyai masalah lain plak yang mendatang dikala aku dah mendapat kerja baru . masalanyer belanja
untuk permulaan untuk kerja baru
ni tak cukup . adakala setengah
orang pandai bercakap sahaja
tapi tak tahu aper yang aku alami. Nak
makan untuk hari ni pun mana ader duit ni hanya cukup untuk
minyak kereta . mungkin ader setengah
orang tak percaya kalau
aku tak ader duit . namun dalam pikiran aku ada baik nyer aku puasa ajer. Esok last kerje pagi dan cuti 2 hari kemudian
masuk kerje malam dua
hari sahaja. 1hb . aku dah
mula kerja di tempat baru. Jam dah pukul 8.15 aku baru
sampai di tempat kerja dengan
selamba aku berjalan memasuki bangunan B3 menuju ke tingkat 5.
Sampai
di loker terus aku sarung kan kasut ESD
dengan baju smoke ESD aku
memasuki line production dengan
menbimbit boxcase alatan tulis aku. Lalu di hadapan mesin production pasti operator
mesin dah tahu dah aku baru
jer datang kerja la tu kalau nampak aku berjalan bawa boxcase, aku hanya
mampu tersenyum bila dorang
senyum kat aku heheeh. Sampai di
depan BR room dan bila dorang terdengar jer bunyi id kerja yang aku touch pada alat scan
semua tengok n senyum jer heheh .Keadaan
dalam BR Room tenang sahaja , semua membuat kerje dan
berborak dan bergurau
seperti biasa ajer. Aku suka lihat deparment aku ni tenang sahaja. Kerje
tak berapa banyak
sangat kot harini.
Hari ini juga adalah
hari last kerja salah seorang
operator yang berkerja sama deparment dengan aku. Tujuan
miza berhenti sebab ingin mendirikan rumahtangga
pada bulan hadapan dan
menetap terus di kuala Selangor berdekatan dengan umah
orang tua kedua-dua belah pihak. Miza
berniat mahu belanja makan kami bertiga aku, mega, dan rita . Dan
harini jugak rezeki
aku makan ayam penyek dekat
ampang bersama miza dan rakan aku rita dan
mega. Aku harus lupakan niat
untuk berpuasa la nampaknya hari ini. pukul 11 kami keluar makan ke ampang dengan menaiki kereta aku . kedai ayam penyek kami sampai
jugak… errmmmmm sedap yerr isi
ayam nyer lembut dan sedap,
sambal yang pedas, tempe dan tauhu yang ranggup
sekali… aduhh kalau boleh nak
makan hari2 tapi mahal ler harganya.. miza tak lekang dari
menangkap gambar mengunakan telefon bimbit dia jer dari
tadi baik dalam kereta sampai la ke dalam kedai
makan ni, tapi kalau suh
upload dala facebook lambat sekali. Dah makan n berbual rancak jam dah pukul 12 masa untuk masuk
kerje semula. Kami ader masa 1 jam
jer untuk makan . kami lewat setengah jam huhuh takper
kami sesame kami memang dah ngam kalau bab masa ni.
Masa makin lama makin
menunjuk waktu dekkat hensak
pulang . Miza tak senang duduk mengira
masa detik-detik last hari
berkerja. Ader yang mula memasang
lagu sedih segaja mahu mengundang perasaan sedih dengan awal tapi miza
dah terlebih dahulu sedih n mengalir air mata sambil
berbual dengan kak nik. Hhuhuhu sedih nyer tapi
aku ni hati
kebal tak leh
menangis tak tahu kenapa. Aku
pun pasti akan mengalami keadaan yang sama jugak
nanti saat aku bila last aku
kerje malam kedua minggu depan. Pukul 5
keatas mula la sesi autograph menangkap gambar.
Habis satu baju
smoke esd yang di pakai miza di
coret dengan pelbagai ayat-ayat
n kata-kata semangat dan usikan
rakan-rakan BR room . lepas tu sesi menangkap
gambar semua operator BR TEAM. Dah habis
bergambar pulak sesi bersalaman
dan bermaafan .. itu part
yang tak leh nak halang
semua orang menangis ader pelbagai style dorang ni nak menangis
tapi aku sempat mengalir jugak air mata la tengok babak rita bila dipujuk
untuk bersalam terus menangis dan
muka menjadi kemerahan . Leader aku pun sama jugak menangis heheh biasa la pompuan sentimental nyer kuat
kalau bab sedih2 ni . megawati
plak dah
sorok diri celah2 mesin BAKE
tahan perasan . bila miza datang kearah
aku lagi la aku maintain
mcm biasa tak tahu nk cakap
aper dengan dia hanya cakap mintak maaf dan ucapkan
tahniah untuk hari perkahwinan
dia akan datang . macam drama
ler .. aduh aku plak
takut nanti aper plak babak drama
bila aku last kerje minggu
depan … perasaan sedih dah
terasa dah
No comments:
Post a Comment